Orang mukmin cepat marah dan cepat juga kembali (kepada asal)

TEKS BAHASA ARAB

المؤمن سريع الغضب سريع الرجوع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang mukmin cepat marah dan cepat juga kembali (kepada asal).

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 96, hadis nombor 465. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

وأورده الغزالي، بلفظ: سريع الرضى، قال العراقي في (تخريجه): لم أجده هكذا.

Al-Ghazali membawanya dengan lafaz: “Cepat reda”, al-'Iraqi berkata dalam Takhrij beliau: “Aku tidak menemui sedemikian”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs