Sesiapa yang mati dalam keadaan sakit, maka dia mati syahid

TEKS BAHASA ARAB

من مات مريضا مات شهيدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mati dalam keadaan sakit, maka dia mati syahid.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 94, hadis nombor 453. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

هو من حديث أبي هريرة، وسنده صحيح، لكن قيل: هو تصحيف من (مرابطاً).

Ia berasal daripada hadith Abu Hurairah dan sanadnya sahih, namun dikatakan bahawa lafaz “sakit” adalah tersilap, asalnya daripada lafaz “berjaga di perbatasan”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs