Pakaian yang dipakaikan oleh guru kepada murid

TEKS BAHASA ARAB

خرقة التصوف وأن الحسن لبسها من علي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pakaian (yang dipakaikan oleh guru kepada murid sebagai lambang pengiktirafan dalam) tasawwuf, al-Hasan memakainya daripada ‘Ali.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 35, hadis nombor 129. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال ابن دحية وابن الصلاح باطل وقال ابن حجر ليس في شيء من طرقها ما يثبت ولم تثبت أئمة الحديث للحسن من علي سماعا فضلا عن أن يلبسه الخرقة وأنكرها جماعة آخرون حتى من لبسها وألبسها كالدمياطي والذهبي والهكاري وأبي حيان والعلائي ومغلطاي والعراقي والأبناسي والبرهان الحلبي وابن ناصر الدين والسخاوي.

Ibn Dihyah dan Ibn al-Solah berkata: “Batil”, Ibn Hajar pula berkata: “Tidak ada satu pun sanadnya yang thabit dan para Imam hadith tidak pernah menetapkan bahawa al-Hasan mendengar hadith daripada ‘Ali, apa lagi memakaikan pakaian kepadanya”. Segolongan yang mengingkarinya hingga kepada orang yang memakainya dan memakaikannya memakainya seperti al-Dumyati, al-Zahabi, al-Hikari, Abu Hayyan, al-‘Ala’ei, Mughlatai, al-‘Iraqi, al-Abnasi, al-Burhan al-Halabi, Ibn Nasr al-Din dan al-Sakhawi.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs