Tolaklah keraguan dengan keyakinan

TEKS BAHASA ARAB

ادفع الشك باليقين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tolaklah keraguan dengan keyakinan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 13, hadis nombor 13. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

جاء في كلام سفيان الثوري ويجري على ألسنة الفقهاء من قواعدهم وليس بحديث. لكن يشهد له حديث: دع ما يريبك إلى ما لا يريبك.

Telah datang dalam ucapan Sufyan al-Thawri dan ianya disebut-sebut pada lidah-lidah ahli fiqh sebagai sebahagian kaedah mereka dan ianya bukan hadith. Namun, ianya disokong oleh sebuah hadith: “Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs