Jasad tidak sunyi daripada hasad

TEKS BAHASA ARAB

ما خلا جسد من حسد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jasad tidak sunyi daripada hasad.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 80, hadis nombor 354. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس بحديث، ويعني عنه حديث أنس: “كل ابن آدم حسود، وبعض أفضل في الحسد من بعض، ولا يضر حاسدا حسده ما لم يتكلم باللسان أو يعمل باليد” وسنده ضعيف، وفي الباب غيره.

Ia bukan hadith, memadai hadith Anas: “Setiap anak Adam mempunyai hasad, hasad sebahagian mereka lebih baik berbanding sebahagian lain. Hasad yang ada dalam diri tidak boleh memberikan bahaya selagi dia tidak mengucapkan dengan lisan atau membuat menggunakan tangan”, sanadnya dha’if dan dalam bab ini ada hadith lain.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs