Mengucapkan syukur di hadapan (si pemberi) adalah satu celaan

TEKS BAHASA ARAB

الشكر في الوجه مذمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mengucapkan syukur di hadapan (si pemberi) adalah satu celaan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 48, hadis nombor 186. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس بحديث وليس على إطلاقه ففي الحديث “إذا مدح المؤمن في وجهه ربا الإيمان في قلبه”.

Ia bukan hadith dan tidak boleh difahami secara mutlak. Terdapat dalam hadith: “Apabila seseorang mukmin dipuji di hadapannya, maka bertambah iman dalam hatinya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs