Mengikat benang dijari untuk menyebutkan hajat

TEKS BAHASA ARAB

ربط الخيط في الأصبع ليذكر الحاجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mengikat benang dijari untuk menyebutkan hajat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 42, hadis nombor 154. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

روى ابن شاهين النهي عنه وكذا فعله، ثم قال: وجميع أسانيده منكرة ولا أعلم منها شيئا صحيحا.

Diriwayatkan oleh Ibn Shahin berkenaan larangan melakukannya demikian juga perbuatannya, kemudian beliau berkata: “Kesemua sanadnya adalah munkar, tidak saya ketahui satu pun yang sahih berkenaannya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs