Manusia menjadi musuh terhadap perkara yang dia tidak ketahui

TEKS BAHASA ARAB

الناس أعداء ما جهلوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia menjadi musuh terhadap perkara yang dia tidak ketahui.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 97, hadis nombor 472. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

من كلام ذي النون المصري، وتمامه: وحساد ما منعوا ومن جهل قدره هتك ستره وفي التنزيل: {وَإِذْ لَمْ يَهْتَدُوا بِهِ فَسَيَقُولُونَ هَـٰذَا إِفْكٌ قَدِيمٌ} [الأحقاف: 11].

Berasal daripada ucapan Zunnun al-Misri, ungkapan lengkapnya: “Dan hasad terhadap perkara yang tidak mereka perolehi, juga sesiapa yang tidak mengetahui kedudukannya, terbukalah tirai yang menutupi aibnya. Juga terdapat dalam al-Qur'an:
…وَإِذْ لَمْ يَهْتَدُوا بِهِ فَسَيَقُولُونَ هَـٰذَا إِفْكٌ قَدِيمٌ ﴿١١﴾
“Dan setelah mereka tidak dapat menerima petunjuk Al-Qur'an itu, (mereka memusuhinya) lalu mereka mencacinya dengan berkata: “Al-Qur'an ini ialah rekaan dusta yang sudah lama”. [Surah al-Ahqaf ayat 11]

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs