Cintakan tanah air termasuk iman

TEKS BAHASA ARAB

حب الوطن من الإيمان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cintakan tanah air termasuk iman.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 32, hadis nombor 111. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس بحديث، لكن روى ابن أبي حاتم عن الضحاك قال: لما خرج من مكة فبلغ الجحفة اشتاق إلى مكة فأنزل الله تعالى: {إن الذي فرض عليك القرآن لرادك إلى معاد} قال: إلى مكة، وقال الأصمعي: سمعت أعرابيا يقول إذا أردت أن تعرف الرجل فانظر كيف تحننه إلى أوطانه وشوقه إلى إخوانه وبكاؤه على ما مضى من زمانه.

Ia bukan hadith, namun ada diriwayatkan daripada Ibn Abi Hatim daripada al-Dahhak, katanya: Ketika Baginda keluar daripada Makkah dan sampai di Juhfah, Baginda merasa rindu terhadap Makkah, lalu Allah Ta’ala turunkan firmanNya: “Sesungguhnya Dia yang telah mewajibkan al-Quran kepada kamu pasti akan kembalikan kamu ke tempat yang kamu cintai”. Kata al-Dhahhak: Ke Makkah. Al-Asma’ei berkata: Saya telah mendengar seorang Arab berkata: “Jika kamu mengenali seseorang lelaki yang sebenar, maka lihatlah bagaimana tangisan rindunya kepada tanah airnya, rindunya kepada saudara-saudaranya dan tangisannya terhadap zamannya yang lepas”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs