Tangan musuhmu, jika kamu tidak mampu memotongnya, maka ciumlah ia

TEKS BAHASA ARAB

يد عدوك إذا لم تقدر على قطعها قبلها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tangan musuhmu, jika kamu tidak mampu memotongnya, maka ciumlah ia.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 109, hadis nombor 535. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس بحديث، وكذا قولهم: (يد لا تقدر على قطعها فقبلها)، وفي معناه ما اشتهر من قول أبي الدرداء: (إنا لنكشر في وجوه أقوام وقلوبنا تلعنهم) ويذكر عن علي: (إنا لنقبل أكف نحب قطعها). وهو أصرح في المعنى.

Ia bukan hadith, demikian juga kata-kata mereka: “Tangan yang tidak mampu kamu potong, maka kamu ciumlah” dan semakna dengannya adalah ungkapa yang masyhur melalui kata-kata Abu al-Darda': “Sesungguhnya kami benar-benar menampakkan gigi (seperti ketawa) di hadapan beberapa golongan sedangkan dalam masa sama hati-hati kami melaknat mereka”. Turut disebutkan daripada 'Ali: “Kami benar-benar akan mencium tangan yang kami ingin potong”. Ia lebih jelas lagi dari sudut makna.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs