Orang mukmin bukanlah orang yang berdendam

TEKS BAHASA ARAB

المؤمن ليس بحقود.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang mukmin bukanlah orang yang berdendam.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 96, hadis nombor 466. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ذكره في (الإحياء) قال مخرجه: ولم أقف له على أصل. ويستأنس له كما قال الجد بحديث معاذ: (ليس من خلق المؤمن التملق ولا الحسد إلا في طلب العلم إن الحسد مبدأ الحقد)، كما بينه صاحب (الإحياء).

Disebutkan dalam al-Ihya', pentakhrij bagi kitab al-Ihya' berkata: “Saya tidak menemui asalnya”. Sebagaimana al-Jadd berkata bahawa hadith tersebut disokong oleh hadith Mu'az: “Bukan akhlak orang mukmin terlalu memuji-muji dan hasad dengki kecuali dalam menuntut ilmu, kerana hasad itu merupakan permulaan kepada dendam”, sebagaimana dijelaskan oleh penulis kitab al-Ihya'.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs