Membelanjakan harta tanpa membuat perhitungan

TEKS BAHASA ARAB

من أنفق ولم يحسب افتقر وهو لا يدري.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membelanjakan harta tanpa membuat perhitungan, dia pasti menjadi fakir tanpa dia sedar.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 88, hadis nombor 407. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

مثل، وليس بحديث، وكذلك قولهم: من استكثر ماله أكله ومن استقله أكله.

Perumpamaan dan bukannya hadith. Begitu juga ungkapan mereka: “Sesiapa yang memperbanyakkan hartanya, dia perlu memakannya dan sesiapa yang sedikitkan hartanya, dia juga perlu memakannya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs