Habuan itu lebih baik berbanding harta yang dikumpulkan

TEKS BAHASA ARAB

الحظ خير من مال مجموع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Habuan itu lebih baik berbanding harta yang dikumpulkan.

STATUS

Tiada asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 33, hadis nombor 117. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال الجد: لم أجد له أصلا في المرفوع وعند أبي نعيم عن ربيعة بن عبد الرحمن: شبر حظ خير من باع علم.

Al-Jadd berkata: Saya tidak menemui asalnya secara marfu’. Dalam riwayat Abu Nu’aim daripada Rabi’ah bin ‘Abd al-Rahman: “Sejengkal habuan adalah lebih baik berbanding penjual yang berilmu”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs