Uruskanlah orang-orang bodoh dalam kalangan kamu menggunakan 1/3 harta kamu

TEKS BAHASA ARAB

داروا سفهاءكم بثلث أموالكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Uruskanlah orang-orang bodoh dalam kalangan kamu menggunakan 1/3 harta kamu.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 38, hadis nombor 143. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال الجد لم أقف عليه وفي مسند الفردوس بلا سند داروا النساء تنتفعوا بهن فإنهن لا يستوين لكم أبدا. وعن أبي هريرة: ذبوا بأموالكم عن أعراضكم. قالوا: يا رسول الله كيف؟ قال: تعطون الشاعر ومن تخافون لسانه.

Al-Jadd berkata: “Aku belum menemuinya”. Terdapat dalam Musnad al-Firdaus tanpa sanad: “Uruskanlah golongan wanita, kamu mendapat manfaat dengan sebab mereka kerana mereka selama-lamanya tidak akan sama dengan kalian”. Juga daripada Abu Hurairah: “Pertahankanlah maruah kalian menggunakan harta kalian”, mereka berkata: “Wahai Rasulullah! Bagaimana?”, Baginda menjawab: “Kamu memberikan (sebahagian hartamu) kepada penyair dan orang yang kamu bimbangi terhadap lidahnya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs