Sesiapa yang berpuasa sehari pada bulan Rejab, ia bersamaan dengan pahala puasa sebulan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من صام يوما من رجب عدل صيام شهر _ إلخ.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang berpuasa sehari pada bulan Rejab, ia bersamaan dengan pahala puasa sebulan… hingga akhir hadith.


STATUS

Sangat lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 101, hadis nombor 41. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الخطيب عن أبي ذر مرفوعا وفي إسناده: الفرات بن السائب وهو متروك.
وقال ابن حجر في أماليه: اتفق على روايته عن فرات بن السائب _ وهو ضعيف _ رشدين بن سعد والحكم بن مروان وهما ضعيفان أيضا.
وقد روى البيهقي في شعب الإيمان من حديث أنس: من صام يوما من رجب كان كصيام سنة وذكر حديثا طويلا فينظر في إسناده.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Abu Zar secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) dan dalam sanadnya terdapat al-Furat bin al-Saib yang matruk (sangat lemah).
Ibn Hajar berkata dalam kitabnya Amali: Risydin bin Said dan al-Hakam bin Marwan yang kedua-duanya daif telah bersepakat meriwayatkan daripada Furat bin al-Saib yang daif.
Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam kitabnya Syu‘ab al-Iman daripada hadith Anas: “Sesiapa yang berpuasa sehari pada bulan Rejab ia umpama berpuasa setahun”, dan beliau menyebutkan hadith yang panjang, sedangkan pada sanadnya terdapat kritikan.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs