Kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan lain

TEKS BAHASA ARAB

فضل شهر رجب على الشهور كفضل القرآن على سائر الكلام وفضل شهر شعبان على الشهور كفضلي على سائر الأنبياء وفضل شهر رمضان على الشهور كفضل الله على عباده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan lain adalah seperti lebihnya al-Qur'an berbanding kalam-kalam lain. Lebihnya bulan Sha'ban berbanding bulan-bulan lain adalah seperti lebihnya aku berbanding sekalian para Nabi, dan lebihnya bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain adalah seperti lebihnya Allah berbanding hamba-hambaNya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 65, hadis nombor 258. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال ابن حجر: موضوع.

Ibn Hajar berkata: “Palsu”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs