Seorang kekasih tidak akan menyeksa kekasihnya

TEKS BAHASA ARAB

الحبيب لا يعذب حبيبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang kekasih tidak akan menyeksa kekasihnya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 32, hadis nombor 110. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لم يرد بهذا اللفظ ولكن في الحديث لما قيل له – صلى الله عليه وسلم -: عن امرأة ما كانت هذه لتلقي ولدها في النار، فقال – صلى الله عليه وسلم-: “لا والله ولا يلقي حبيب حبيبه في النار” وعن الحسن مرسلا: “والله لا يعذب الله حبيبه ولكن قد يبتليه في الدنيا”، وفي التنزيل: {وقالت اليهود والنصارى نحن أبناؤا الله وأحباؤه}.

Tidak warid hadith dengan lafaz ini, namun terdapat dalam hadith, ketika Baginda SAW disebutkan berkenaan seorang perempuan: “Wanita ini pasti tidak akan mencampakkan anaknya dalam neraka”. Lalu Baginda SAW bersabda: “Tidak, demi Allah! Seorang kekasih tidak akan melemparkan kekasihnya dalam neraka”. Juga daripada al-Hasan secara mursal: “Demi Allah! Allah tidak menyeksa kekasihnya, namun kekasihnya itu boleh jadi akan diuji sewaktu di dunia”.
Juga dalam ayat al-Quran: “Yahudi berkata: Kami adalah anak-anak Allah dan kekasihNya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs