Sesungguhnya di dalam syurga ada satu sungai dipanggil Rajab

TEKS BAHASA ARAB

إنّ فِي الجَنّةِ نَهْراً يُقالُ لهُ: رَجَبٌ أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل مَنْ صامَ يَوْماً مِنْ رَجَبٍ سَقاهُ الله مِنْ ذلِكَ النَّهْرِ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di dalam syurga ada satu sungai dipanggil Rajab yang lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rajab Allah akan memberikan dia minum daripada sungai itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 23, hadis nombor 104. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Abu al-Syaikh meriwayatkannya juga dalam kitab al-Thawab, al-Dailami meriwayatakannya melalui jalurnya dalam Musnad al-Firdaus. Dalam sanadnya terdapat perawi bernama Mansur bin Yazid dan dia dituduh memalsukannya.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs