Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu

TEKS BAHASA ARAB

إنّ فِي الجَنَّةِ بَابا يُقالُ لهُ الضُّحَى فَإِذا كانَ يَوْمَ القيَامَةِ نادَى منادٍ أيْنَ الذينَ كانُوا يدِيمونَ على صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بابكُمْ فادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang dipanggil al-Dhuha. Apabila hari kiamat, satu seruan akan menyeru: Di manakah mereka yang dulu selalu melazimi solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah melaluinya dengan rahmat Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 23, hadis nombor 103. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ini pendustaan yang jelas.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs