Wahai anak Adam! Kebaikan akan datang kepadamu selepas kematian

TEKS BAHASA ARAB

يا ابن آدم بعد الموت يأتيك الخبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai anak Adam! Kebaikan akan datang kepadamu selepas kematian.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 108, hadis nombor 527. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

هو من كلام أبي حازم، وعن علي:
القبر صندوق العمل وعند الموت يأتيك الخبر.

Ia bersumberkan ucapan Abu Hazim, turut diriwayatkan daripada 'Ali:
“Kubur itu merupakan tempat simpanan amalan, ketika mati kebaikan akan datang kepadamu”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs