Sesiapa yang tidak mendirikan urusan berkaitan kehidupannya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من لم يقم في أمر معيشته لم يقم بأمر دينه.

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang tidak mendirikan urusan berkaitan kehidupannya, maka dia tidak akan mendirikan urusan berkaitan agamanya.

 

STATUS

Sanadnya lemah

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 146, hadis nombor 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

 

في إسناده: أيوب بن سليمان لا يحتج به.

Pada sanad hadith ini terdapat perawi bernama Ayyub bin Sulaiman yang mana riwayatnya tidak boleh dijadikan hujah.

 

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

 

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs