Apabila seseorang hamba itu menamatkan al-Qur’an

TEKS BAHASA ARAB

إِذا خَتَمَ العَبْدُ القُرآن صَلَّى عليهِ عِنْدَ خَتْمِهِ ستُّونَ ألْفَ مَلَكٍ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang hamba itu menamatkan al-Qur'an, 70 ribu malaikat akan berselawat kepadanya ketika tamatnya itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 12, hadis nombor 42. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ini adalah salah satu hadth yang telah dinilai palsu oleh penulis (al-Suyuti) dalam Zail al-Mawdhu'at. Dalam sanadnya terdapat dua perawi pemalsu hadith, iaitu Shahiran Ibn Sam'an dan Abu Sa'id al-'Adawi.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs