Sesiapa yang tidak memiliki atau tidak pernah hadirnya peringatan daripada hatinya

TEKS BAHASA ARAB

من ليس له – أو من لم يكن له – من قلبه واعظ لم تنفعه المواعظ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang tidak memiliki atau tidak pernah hadirnya peringatan daripada hatinya, maka apa-apa sahaja peringatan tidak akan memberikan manfaat kepadanya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 94, hadis nombor 452. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

هو من كلام بعض الصوفية، لكن في حديث أم سلمة: (إذا أراد الله بعبد خيرا جعل له واعظا من قلبه)، وأورده في (الإحياء): (من كان له من قلبه واعظ كان عليه من الله حافظ)، لكن قال العراقي في (تخريجه): لم أجد له أصلا.

Ia bersumberkan ucapan sebahagian ahli sufi, namun terdapat dalam hadith Ummu Salamah: “Apabila Allah menginginkan kebaikan pada seseorang hamba, Dia menjadikan peringatan terbit daripada hatinya”,dan dibawakan dalam al-Ihya’: “Sesiapa yang peringatan terbit daripada hatinya, maka dia mendapat penjagaan daripada Allah”. Namun, al-‘Iraqi berkata dalam Takhrij beliau: “Aku tidak menemui asalnya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs