TEKS BAHASA ARAB
من عرف نفسه فقد عرف ربه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang mengenali dirinya maka dia telah mengenali Rabbnya.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 92, hadis nombor 436. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
قال ابن السمعاني: لا يعرف مرفوعا، وإنما يحكى عن يحيى بن معاذ الرازي من قوله: وقال النووي: ليس بثابت، انتهى. لكن جاء عن عائشة إنه سئل – صلى الله عليه وسلم – من أعرف الناس بربه، قال: أعرفهم بنفسه.
Ibn al-Sam’ani berkata: “Tidak diketahui secara marfu’, ia hanya diceritakan daripada Yahya bin Mu’az al-Razi melalui kata-kata beliau. Al-Nawawi pula berkata: “Tidak thabit”. Namun telah diriwayatkan daripada ‘Aishah bahawa Baginda SAW pernah ditanya berkenaan siapakah manusia yang paling mengenal Rabbnya?, lalu Baginda menjawab: “Orang yang paling mengenal dirinya”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.