Sehebat mana pun orang-orang berakal, namun Tuhan mereka telah menyesatkan mereka

TEKS BAHASA ARAB

عقول وأي عقول ولكن أضلها باريها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sehebat mana pun orang-orang berakal, namun Tuhan mereka telah menyesatkan mereka.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 60, hadis nombor 241. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قيل قاله عمر – رضي الله عنه – قيل له: كيف كنتم تعبدون الحجر فإذا وجدتم أحسن منه عبدتموه وتركتم الأول أين كانت عقولكم، فقاله. وكل ذلك لا يعرف في الرواية. نعم أخرج الخطابي عن الكسائي أن رجلا قال لعمرو بن العاص: إنك في هذه البلاغة والفصاحة والرأي الفاضل كيف تأتي حجرا فتعبده فقال له: والله لقد كنت أجالس أقواما تزن عقولهم الجبال الرواسي ولكن ما قولك في عقول كادها خالقها.

Dikatakan bahawa 'Umar RA telah menyebutkannya ketika ditanya: “Bagaimana kalian boleh menyembah batu sedangkan kamu mempunyai Tuhan yang lebih baik untuk kamu sembah berbandingnya dan kamu meninggalkannya. Di mana akal kamu ketika itu?”, lalu 'Umar pun menyebutkannya. Kesemua itu tidak diketahui adanya dalam riwayat. Ya, al-Khattabi telah mengeluarkan daripada al-Kasa'ei bahawa seorang lelaki telah berkata kepada 'Amr bin al-'As: “Sesungguhnya kamu yang mempunyai ketinggian bahasa, kefasihan bahasa dan idea yang tinggi, bagaimana kamu boleh mendatangi batu lalu kamu menyembahnya?”, 'Amr pun berkata kepadanya: “Demi Allah! Aku pernah duduk bersama orang-orang yang akal-akal mereka seperti gunung-ganang yang kuat, namun seperti katamu berkenaan orang-orang berakal yang telah ditipu daya oleh Penciptanya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs