Seseorang tetap diberikan pahala sekalipun dia seorang yang celaka

TEKS BAHASA ARAB

يؤجر المرء على رغم أنفه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang tetap diberikan pahala sekalipun dia seorang yang celaka.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 110, hadis nombor 544. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا أصل له به، ويغني عنه: (عجب ربنا من قوم يساقون إلى الجنة بالسلاسل).

Tidak ada asalnya dengan lafaz tersebut. Memadailah untuk mengantikannya hadith: “Rabb kita kagum terhadap suatu kaum yang dimasukkan ke dalam syurga dengan terbelenggu”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs