Manusia dibalas berdasarkan amalan-amalan mereka

TEKS BAHASA ARAB

الناس مجزيون بأعمالهم إن خيرا فخير وإن شرا فشر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia dibalas berdasarkan amalan-amalan mereka, jika baik amalan maka baik juga yang mereka dapat, manakala jika buruk amalan maka buruk juga balasan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 98, hadis nombor 476. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

أخرجه ابن جرير، عن ابن عباس رضي الله تعالى، عنهما موقوفا عليه.

Diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn 'Abbas RA secara mawquf kepada beliau.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs