Berwaspadalah kamu daripada duduk di bawah matahari

TEKS BAHASA ARAB

إياكمْ والجُلُوسَ فِي الشَّمْسِ فإنّها تُبْلِي الثَّوْبَ وتُنْتِنُ الرِّيحَ وتُظْهِرُ الدَّاءَ الدَّفِينَ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berwaspadalah kamu daripada duduk di bawah matahari kerana sesungguhnya ia boleh menyebabkan pakaian menjadi lusuh, bau menjadi busuk, dan munculnya penyakit yang tersembunyi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 24, hadis nombor 113. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Para huffaz berkata: "Palsu", kepalsuan zahir pada matannya dan turut ada lafaz seumpamanya daripada 'Ali A.S melalui kata-kata beliau, itulah yang hampir pada betul.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs