Basuhlah pakaian kamu dan buanglah sebahagian bulu-bulu kamu

TEKS BAHASA ARAB

اغسلوا ثِيابَكُمْ وخُذُوا مِنْ شُعُورِكُمْ واسْتاكُوا وَتَزَيَّنُوا وَتَنَظَّفُوا فإنَّ بَنِي إسْرائِيلَ لَمْ يَكُونُوا يَفْعَلُونَ ذَلِكَ فَزَنَتْ نِساؤهُمْ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Basuhlah pakaian kamu dan buanglah sebahagian bulu-bulu kamu, bersugilah, berhiaslah dan bersihkanlah. Ini kerana, Bani Israil tidak melakukan hal tersebut, akibatnya isteri-isteri mereka berzina.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 19, hadis nombor 80. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

al-Zahabi berkata dalam Tazkirah al-Huffaz di bawah biografi 'Abdul Rahim bin Ahmad: "Tidak sahih, sanadnya gelap". Saya berkata: "Demikian juga lafaz dan maknanya". Wanita-wanita umat ini juga berzina sekalipun lelaki-lelaki mereka bersih. Semoga Allah memburukkan para pendusta dan memaafkan penulis (al-Suyuti) kerana menetapkan hadith batil seumpama ini.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs