Uf (kata-kata merendah-rendahkan) terhadap tempat mandian wap

TEKS BAHASA ARAB

أُفٍّ لِلْحَمَّامِ حِجابٌ لَا يَسْتُرُ وماءٌ لَا يَطْهُرُ لَا يَحِلُّ لِرَجُل أنْ يَدْخُلَهُ إلاّ بِمِنْدِيلٍ مُرِ المُسْلِمِينَ لَا يَفْتِنُونَ نِساءَهُمْ الرِّجالُ قوَّامُونَ على النِّساءِ عَلِّمُوهُنَّ ومُرُوهُنَّ بالتَّسْبِيحِ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Uf (kata-kata merendah-rendahkan) terhadap tempat mandian wap, hijab yang tidak tertutup dan air yang tidak bersih. Tidak halal bagi seseorang lelaki masuk ke tempat mandian wap kecuali dengan memakai kain. Perintahkanlah kepada orang-orang Islam agar mereka tidak menimbulkan fitnah terhadap wanita-wanita mereka. Para lelaki itu lebih kuat berbanding para wanita, ajarilah mereka (para wanita) dan perintahkanlah mereka supaya bertasbih.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 19, hadis nombor 82. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Bagi hadith ini ada baki lafaz yang telah dibuang oleh penulis (al-Suyuti) secara sengaja. Hadith tersebut batil tanpa baki lafaz tersebut. Sesungguhnya lafaz yang rosak lagi gugur ini hampir-hampir tidak mungkin diucapkan oleh orang yang berakal, memadailah untuk menilai hadith tersebut sebagai palsu. Lalu bagaimana pula jika dalam sanadnya terdapat perawi-perawi dha'if dan terputus sanad?

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs