Tiga perkara yang sesiapa memilikinya

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ آواهُ الله فِي كَنَفِهِ ونَشَرَ عَلَيْهِ رَحْمَتَهُ وأدْخَلَهُ جَنَّتَهُ: مَنْ إِذا أُعْطِيَ شَكَرَ وَإِذا قَدَرَ غَفَرَ وَإِذا غَضِبَ فَتَرَ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, Allah akan meletakkannya di bawah perlindungan-Nya dan disebarkan kepadanya rahmat-Nya dan Allah akan memasukkannya ke dalam syurga-Nya; iaitu sesiapa yang apabila diberikan (sesuatu nikmat) maka dia bersyukur, apabila diberikan kesempitan maka dia memohon keampunan dan apabila marah maka dia tenang.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 29, hadis nombor 137. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

al-Daraqutni telah meriwayatkannya dalam Gharaib Malik melalui hadith Ibn 'Umar seraya beliau berkata: "Sesungguhnya ia batil". Ahmad bin Ishaq, iaitu perawi hadith tersebut adalah seorang yang tidak dikenali. Ibn Hibban turut berkata berkenaan hadith Ibn 'Abbas: "Tidak ada asalnya". Al-Zahabi pula berkata: "Sesungguhnya ia terlalu lemah.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs