Sesiapa yang memotong kukunya secara terbalik

TEKS BAHASA ARAB

من قص أظفاره مخالفا لم ير في عينيه رمدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memotong kukunya secara terbalik, maka kedua matanya tidak akan terkena penyakit.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 93, hadis nombor 443. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

وقع في كلام (المغني) للموفق بن قدامة، والشيخ عبد القادر الكيلاني في (الغنية) وكان الحافظ الدمياطي، يأثر ذلك، عن بعض مشايخه، ونص الإمام أحمد على استحبابه ولم يوجد في أصول الحديث.

Terdapat dalam perbahasan al-Mughni oleh al-Muwaffaq Ibn Qudamah dan al-Shaikh ‘Abd al-Qadir al-Jailani dalam al-Ghunyah. Al-Hafiz al-Dumyati selalu mengutamakan cara tersebut yang diambil daripada sebahagian guru-guru beliau. Al-Imam Ahmad menyebutkan jelas galakkan melakukannya namun ia tidak didapati dalam usul hadith.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs