Jika kamu berada di kawasan air

TEKS BAHASA ARAB

إذا كنت على الماء فلا تبخل بالماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu berada di kawasan air, maka janganlah kamu kedekut dengan air.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 14, hadis nombor 22. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا يعرف لكن في الحديث: “من سقى مسلما ماء حيث يوجد الماء، فكأنما أعتق رقبة، أو في موضع لا يوجد فيه الماء، فكأنما أحياه”. وفيه -أيضا-: “إذا كثرت ذنوبك، فاسق الماء على الماء: تتناثر، كما يتناثر الورق من الشجر في الريح العاصف”.

Tidak diketahui, namun terdapat dalam hadith: “Sesiapa yang memberi minum air kepada seseorang muslim di mana didapati air, maka seolah-olah dia telah membebaskan seorang hamba, atau pada satu tempat yang tidak didapati padanya air, maka seolah-olah dia telah menghidupkannya”.-di dalamnya juga-: “Apabila dosa-dosamu telah banyak, maka siramlah air (walau) di atas (tempat yang sudah ada) air, nescaya akan berguguran (dosa-dosamu) seperti berguguran daun-daun daripada pokok ketika angin ribut”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs