Berbicara perkara yang dia tidak perlu

TEKS BAHASA ARAB

من تكلم فيما لا يعنيه سمع ما لا يرضيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berbicara perkara yang dia tidak perlu, maka dia pasti mendengar perkara yang tidak dia sukai.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 89, hadis nombor 414. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

وفي معناه لا تتكلم بما لا يعنيك تسمع ما لا يرضيك، وليس بحديث، بل هو مثل، أو حكمة، وشاهده: من صمت نجا، ونحوه.

Semakna dengannya: “Janganlah kamu berbicara tentang perkara yang tidak perlu bagimu, kamu akan mendengar perkara yang tidak kamu sukai”, ia bukan hadith, bahkan ia suatu perumpamaan atau kata-kata hikmah, sokongan kepada ungkapan tersebut adalah: “Sesiapa yang diam maka dia pasti berjaya”, dan seumpamanya.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs