Bangsa Sudan adalah orang yang kurang akal

TEKS BAHASA ARAB

نقصان عقل السودان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bangsa Sudan adalah orang yang kurang akal.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 100, hadis nombor 489. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

هو أمر شائع، قال الجد: ولم أقف على أصله في الأثر إلا فيما أخرجه أبو نعيم، عن الربيع قال: سمعت الشافعي يقول: ما نقص من أثمان السودان إلا لنقص عقولهم لولا ذلك لكان لونا من الألوان من الناس من يشتهيه ويفضله على غيره.

Ia ungkapan yang tersebar luas. Al-Jadd berkata: “Aku belum menemui asalnya dalam athar kecuali riwayat yang telah dikeluarkan oleh Abu Nu'aim daripada al-Rabi', katanya: Aku telah mendengar al-Shafi'ei berkata: “Tidaklah kurang harga (hamba) berbangsa Sudan melainkan kerana kurangnya akal-akal mereka. Kalaulah tidak kerana itu, pastilah warna kulit mereka merupakan warna yang disukai dan dilebihkan berbanding yang lain”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs