Pengulangan adalah kebahagiaan

TEKS BAHASA ARAB

الإعادة سعادة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pengulangan adalah kebahagiaan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 16, hadis nombor 32. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال السخاوي: ما علمته في المرفوع، وصح أنه -صلى الله عليه وسلم- كان إذا تكلم بكلمة أعادها ثلاثا لتفهم عنه.
قال الجد: والذي سمعناه دائرا على الألسنة في الإعادة/إفادة. وهو أقرب لمعنى الحديث المذكور.

Al-Sakhawi berkata: “Aku tidak ketahuinya dalam hadith yang marfu', namun sahih bahawa Nabi -صلى الله عليه وسلم- apabila berbicara dengan sesuatu ucapan, Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali agar difahami daripada Baginda”.
Al-Jadd berkata: “Ungkapan yang kami dengar berlegar-legar pada lidah orang ramai adalah: “Pengulangan memberikan faedah” dan ia lebih hampir kepada maksud hadith tersebut.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs