Sesiapa yang duduk bersama orang alim

TEKS BAHASA ARAB

من جالس عالما فكأنما جالس نبيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang duduk bersama orang alim maka seolah-olah dia duduk bersama Nabi.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 89, hadis nombor 417. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا يعرف لكن جاء عن الشافعي رضي الله عنه: إذا رأيت رجلا من أصحاب الحديث فكأنما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم.

Tidak diketahui, namun diriwayatkan daripada al-Shafi’e RA: “Sekiranya kamu melihat seorang lelaki dalam kalangan ahli hadith, maka seolah-olah kamu melihat Nabi SAW”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs