Apabila seseorang kamu menulis Bismillahirrahmanirrahim

TEKS BAHASA ARAB

إِذا كَتَبَ أحدُكُمْ {بِسْمِ الله الرَّحْمنِ الرَّحيمِ} فَلْيَمُدَّ الرَّحْمنَ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang kamu menulis Bismillahirrahmanirrahim, maka hendaklah dia memanjangkan tulisan pada kalimah al-Rahman.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 14, hadis nombor 57. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ini adalah sebahagian daripada rekaan kitab golongan bukan Arab, iaitu orang-orang yang bagus tulisannya dan orang-orang yang menggemari tulisan yang bagus.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs