Apabila seseorang daripada kamu duduk bersama saudaranya

TEKS BAHASA ARAB

إِذا قَعَدَ أحَدُكُم إِلَى أخِيهِ فَلْيَسأَلْهُ تَفَقُّهاً ولا يسأله تعنتا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang daripada kamu duduk bersama saudaranya, maka hendaklah dia tanyakan kepadanya dengan tujuan untuk mendapatkan kefahaman dan janganlah bertanya kepadanya sesuatu yang menyukarkan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 13, hadis nombor 54. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Palsu kerana ia melalui riwayat perawi yang dituduh melakukan pemalsuan hadith.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs