Janganlah kamu menziarahi orang yang tidak menziarahi kamu

TEKS BAHASA ARAB

لا تعد من لا يعودك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu menziarahi orang yang tidak menziarahi kamu.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 105, hadis nombor 510. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

من كلام ابن وهب، وقال الإمام أحمد لابنه، وقد قال له: “إن جارنا مرض أفلا نعوده”، فقال: “ما عادني فنعوده”.
وهذا محمول منهم على التأديب والتقويم لا المكافأة، وإلا ففي السنة ما يعارضه كما يعلم بمراجعة الأصل.

Bersumberkan ucapan Ibn Wahd. Al-Imam Ahmad turut mengatakan kepada anak beliau ketika anak beliau berkata: “Sesungguhnya jiran kita sakit, mengapa kita tidak menziarahinya”, lalu Ahmad menjawab: “Sesiapa yang menziarahiku, maka kita akan menziarahinya”.
Ucapan ini bersumberkan daripada mereka sebagai cara mendidik dan membetulkan (sikap) bukannya sebagai membalas, kerana ajaran yang terdapat dalam Sunnah adalah bercanggah dengan kenyataan tersebut sebagaimana boleh diketahui dengan merujuk kepada asal.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs