Lipatlah pakaian kamu

TEKS BAHASA ARAB

أطْوُوا ثِيابَكُمْ تَرْجِعْ إلَيْها أرْوَاحُها فإنّ الشَّيْطانَ إذَا وَجَدَ ثَوْباً مَطْوِياً لمْ يَلْبَسْهُ وإنْ وجده منشورا لبسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lipatlah pakaian kamu, ruh-ruhnya akan kembali kepadanya. Ini kerana, sesungguhnya syaitan itu apabila dia mendapati adanya pakaian yang telah dilipat, maka syaitan tidak akan memakainya. Namun, jika syaitan mendapati ada pakaian yang terbiar, syaitan akan memakainya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 18, hadis nombor 74. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat perawi pemalsu hadith. Nabi SAW sendiri kebiasaannya tidak melipat baju Baginda, bahkan Baginda meletakkannya di tempat gantung baju. Saya telah membaca dalam al-Mujalasah oleh al-Dinawari daripada al-Thawri bahawa beliau berkata: Telah sampai berita kepadaku bahawa pakaian itu apabila dilipatkan, maka airnya akan kembali kepadanya dan beliau selalu melakukannya. Oleh itu, inilah asal bagi kalam tersebut, para pereka hadith mengambilnya lalu meriwayatkannya secara marfu' kepada Nabi SAW.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs