Tidaklah seseorang meninggikan seseorang melebihi kedudukannya

TEKS BAHASA ARAB

ما رفع أحد أحدا فوق مقداره إلا اتضع عنده من قدره بأزيد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang meninggikan seseorang melebihi kedudukannya, melainkan orang itu akan merendahkannya daripada kedudukannya berkali ganda.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 81, hadis nombor 358. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس في المرفوع، وإنما جاء عن الشافعي – رضي الله عنه: “ما أكرمت أحدا فوق مقداره إلا اتضع من قدري عنده بمقدار ما أكرمته به”. انتهى. ولا سيما إذا كان من يكرمه ليس أهلا للإكرام فقد قال الشافعي أيضا: “ثلاثة إن أكرمتهم أهانوك: المرأة، والعبد، والفلاح.

Tidak terdapat dalam riwayat yang marfu’, ia hanya datang daripada al-Shafi’ei RA: “Tidaklah aku memuliakan seseorang melebihi kedudukannya, melainkan dia merendahkanku daripada kedudukanku di sisinya seperti kedudukan sebagaimana aku telah memuliakannya”. Lebih-lebih lagi sekiranya orang yang dimuliakan itu tidak berhak untuk mendapatkan kemuliaan. Al-Shafi’ei turut berkata: “Tiga golongan, jika aku memuliakan mereka maka mereka akan menghinakanku, iaitu wanita, hamba, dan petani”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs