Janganlah kamu berpura-pura sakit kerana kamu akan benar-benar sakit

TEKS BAHASA ARAB

لا تتمارضوا فتمرضوا ولا تحفروا قبوركم فتموتوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu berpura-pura sakit kerana kamu akan benar-benar sakit dan janganlah kamu menggali kuburku kerana kamu akan benar-benar mati.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 104, hadis nombor 503. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ورد في السنة في الجملة وإن أنكر، وأما الزيادات الدائرة على الألسن: (فتموتوا فتدخلوا النار) فلا أصل لها أصلا.

Warid dalam sunnah secara umum sekalipun ia diingkari. Adapun penambahan-penambahan yang berlegar-legar pada lidah orang ramai: “kerana kamu akan benar-benar mati, maka kamu akan masuk neraka”, tidak ada asalnya.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs