Sebaik-baik pemerintah adalah apabila dia berada di pintu rumah orang fakir

TEKS BAHASA ARAB

نعم الأمير إذا كان بباب الفقير وبئس الفقير إذا كان بباب الأمير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik pemerintah adalah apabila dia berada di pintu rumah orang fakir dan seburuk-buruk orang fakir adalah apabila dia berada di pintu istana pemerintah.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 99, hadis nombor 486. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لم يرد بهذا، نعم في الحديث: إن الله يحب الأمراء إذا خالطوا العلماء ويمقت العلماء إذا خالطوا الأمراء لأن العلماء إذا خالطوا الأمراء رغبوا في الدنيا وإذا خالطهم الأمراء رغبوا في الآخرة.

Tidak warid dengan lafaz ini. Ya, terdapat dalam hadith: “Sesungguhnya Allah menyukai para pemimpin apabila mereka bergaul dengan ulama dan murka terhadap ulama apabila mereka bergaul dengan pemerintah, kerana apabila ulama bergaul dengan pemerintah, mereka menginginkan habuan di dunia, sedangkan apabila pemerintah bergaul dengan ulama, mereka inginkan habuan akhirat”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs