Sesiapa yang menyembunyikan rahsianya, dia pasti menguasai urusannya

TEKS BAHASA ARAB

من كتم سره ملك أمره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menyembunyikan rahsianya, dia pasti menguasai urusannya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 93, hadis nombor 444. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس في المرفوع، لكن في كلام الشافعي: من كتم سره كانت الخيرة في يده.

Ia tidak terdapat dalam riwayat yang marfu’, namun ia ada dalam ucapan al-Shafi’ei: “Sesiapa yang menyimpan rahsianya, maka kebaikan pasti berada dalam genggamannya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs