Akhlak yang baik tidak akan tercabut

TEKS BAHASA ARAB

الخلق الحسن لا ينزع إلا من ولد حيضة أو ولد زانية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akhlak yang baik tidak akan tercabut melainkan daripada anak (yang terhasil daripada persetubuhan sewaktu) wanita haid atau anak wanita penzina.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 35, hadis nombor 171. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Demikian juga suatu pendusta atas nama Rasulullah SAW tidak wujud menlainkan dari persetubuhan ini bahkan lebih teruk. Ucapan ini lebih hampir kepada ucapan orang-orang bodoh dan dungu berbanding ucapan orang-orang yang mempunyai kelebihan, apatah lagi kalam penghulu sekalian manusia (Rasulullah SAW). Saya tidak tahu di mana letaknya akal penulis (al-Suyuti) ketika beliau menulis ucapan yang bodoh seperti ini dan menisbahkannya kepada Rasulullah SAW.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs