Celaan adalah lebih baik berbanding neraka

TEKS BAHASA ARAB

العار خير من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Celaan adalah lebih baik berbanding neraka.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 58, hadis nombor 224. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قاله الحسن بن علي – رضي الله عنهما – لما أذعن لمعاوية، فقال له أصحابه: يا عار المؤمنين. فقال: العار خير من النار.

ِAl-Hasan bin ‘Ali RA telah mengatakan setelah beliau tunduk patuh kepada Mu’awiyah, pengikut-pengikut beliau berkata kepada al-Hasan: “Wahai orang yang mengaibkan orang-orang mukmin”. Lalu al-Hasan berkata: “Keaiban itu lebih baik berbanding neraka”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs