Ini adalah warak tidak kena tempat

TEKS BAHASA ARAB

هذا ورع مظلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ini adalah warak tidak kena tempat.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 101, hadis nombor 491. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

كلام يجري مجرى المثل، وليس له أصل في المرفوع، وحكى ابن عقيل عن القاضي، أنه روى عن أحمد: منع الكتب من محبرة غيره بغير إذنه، قال وفي رواية: أنه قال لمن استأذنه. أي في الكتابة، من محبرته هذا ورع مظلم، قال فحملنا الأول على كتب يطول، والثاني على غمسة قلم لكتب كلمة، أو في حق من يبسط إليه، ويأذن له حكما، وعرفا.

Ucapan yang tersebar sebagaimana perumpamaan. Ia tidak ada asalnya dalam riwayat yang marfu'. Ibn 'Uqail telah menukilkan daripada al-Qadhi bahawa beliau telah meriwayatkan daripada Ahmad bahawa beliau melarang menulis daripada dakwat orang lain tanpa izinnya. Al-Qadhi berkata: Dalam riwayat lain menyebutkan: “Ahmad berkata kepada orang yang meminta izin kepadanya untuk menulis menggunakan dakwat beliau, (kata Ahmad): “Ini adalah warak yang tidak kena tempat”. Al-Qadhi berkata: “Bagi riwayat yang pertama, kami memahaminya sebagai menulis secara panjang lebar (kerana itu dilarang menulis menggunakan dakwat orang lain tanpa izin), manakala riwayat kedua pula berkenaan mencelup penanya untuk menulis satu kalimah sahaja, atau bagi situasi orang yang boleh mengembirakannya (jika orang lain menggunakannya), diizinkan kepadanya dari sudut hukum mahupun uruf.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs