Azan itu melapangkan dan memudahkan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: "كان للنبي صلى الله عليه وآله وسلم مؤذن يطرب فقال له النبي صلى الله عليه وآله وسلم: الأذان سمح سهل فإن كان أذانك سمحا سهلا وإلا فلا تؤذن".


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Nabi SAW mempunyai seorang muazzin yang melaungkan azan. Nabi SAW berkata kepadanya: Azan itu melapangkan dan memudahkan, jika azan kamu melapangkan dan memudahkan (lakukanlah) jika tidak janganlah kamu azan”.


STATUS

Tidak ada asal


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 16, hadis nombor 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن حبان عن ابن عباس مرفوعا وقال لا أصل له وإسحق ابن أبي يحيى الكعبي لا تحل الرواية عنه. قال السيوطي: رجع بن حبان وذكره في الثقات والحديث أخرجه الدارقطني في سننه.

Ibn Hibban meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi) dan beliau berkata: Hadith ini tidak ada asal. Ishak Ibn Abi Yahya al-Ka’bi, tidak halal meriwayatkan hadith daripadanya. Berkata al-Suyuthi: Ibn Hibban telah merujuk kembali pandangannya seperti disebutkan di dalam kitabnya al-Thiqat, dan hadith ini diriwayatkan juga oleh al-Daraqutni di dalam kitab sunannya.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon