Azab penghuni neraka yang paling ringan adalah memijak batu yang membuatkan otak menggelegak

TEKS BAHASA ARAB

إن أهون أهل النار عذابا: رجل يطأ جمرة يغلي منها دماغه. فقال أبو بكر الصديق: وما كان جرمه يا رسول الله؟ قال: كانت له ماشية يغشى بها الزرع ويؤذيه، وحرمه الله وما حوله غلوة بسهم – أو قال: رمية بحجر – فاحذروا، ألا يسحت الرجل ماله في الدنيا، ويهلك نفسه في الاخرة. قال: وإن أدنى أهل الجنة منزلة، وأسفلهم درجة: رجل لا يدخل الجنة بعده أحد، يفسح له في بصره مسيرة مئة عام، في قصور من ذهب، وخيام من لؤلؤ، ليس فيها موضع شبر إلا معمور، يغدى عليه كل يوم ويراح بسبعين ألف صحفة من ذهب، ليس منها صحفة إلا فيها لون ليس في الآخر مثله، شهوته في آخرها كشهوته في أولها، لو نزل به جميع أهل الدنيا؛ لوسع عليهم مما أعطي، لا ينقص ذلك مما أوتي شيئاً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya azab penghuni neraka yang paling ringan adalah seorang lelaki memijak batu (panas) yang membuatkan otaknya menggelegak (mendidih). Lalu Abu Bakr al-Siddiq bertanya: Apakah dosanya (kejahatan) wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Dia ada binatang ternakan yang digunakan untuk menutupi dan merosakkan tanaman, Allah haramkan dia dan sekitarnya dengan kadar anak panah atau balingan batu, maka berhati-hatilah supaya seorang lelaki tidak makan sesuatu yang haram dengan hartanya di dunia, lalu menjadikan dirinya binasa di akhirat. Baginda bersabda lagi: Tingkatan ahli syurga yang paling rendah dan bawah pula adalah: Seorang lelaki yang tidak masuk syurga selepasnya sesiapapun, dibukakan pemandangan baginya sejauh 100 tahun, berada di dalam istana emas dan juga khemah daripada mutiara, tidak ada sejengkal tempat pun kecuali akan digunakannya. Di datangkan dengan 70,000 pinggan emas pada pagi dan petang. Tidak ada padanya pinggan kecuali ia mempunyai warna yang tidak ada pada pinggan yang lain. Syahwatnya pada akhirnya adalah sama seperti mula-mula. Jika diturunkan kepada kesemua penduduk dunia, nescaya setiap orang yang akan mendapat bahagian dan tidak berkurang sedikit pun bahagian yang telah diberikan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 715, hadis nombor 3653. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام)
عن عبد الله ابن عباس رضي الله عنهما: أن رسول الله ﷺ قال: إن أهون أهل النار عذابا: رجل يطأ جمرة يغلي منها دماغه. فقال أبو بكر الصديق: وما كان جرمه يا رسول الله؟ قال: كانت له ماشية يغشى بها الزرع ويؤذيه، وحرمه الله وما حوله غلوة بسهم – أو قال: رمية بحجر – فاحذروا، ألا يسحت الرجل ماله في الدنيا، ويهلك نفسه في الاخرة. قال: وإن أدنى أهل الجنة منزلة، وأسفلهم درجة: رجل لا يدخل الجنة بعده أحد، يفسح له في بصره مسيرة مئة عام، في قصور من ذهب، وخيام من لؤلؤ، ليس فيها موضع شبر إلا معمور، يغدى عليه كل يوم ويراح بسبعين ألف صحفة من ذهب، ليس منها صحفة إلا فيها لون ليس في الآخر مثله، شهوته في آخرها كشهوته في أولها، لو نزل به جميع أهل الدنيا؛ لوسع عليهم مما أعطي، لا ينقص ذلك مما أوتي شيئاً.
[عبد الرزاق في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (6631)]

(Palsu dengan lafaz lengkap ini)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya azab penghuni neraka yang paling ringan adalah seorang lelaki memijak batu (panas) yang membuatkan otaknya menggelegak (mendidih). Lalu Abu Bakr al-Siddiq bertanya: Apakah dosanya (kejahatan) wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Dia ada binatang ternakan yang digunakan untuk menutupi dan merosakkan tanaman, Allah haramkan dia dan sekitarnya dengan kadar anak panah atau balingan batu, maka berhati-hatilah supaya seorang lelaki tidak makan sesuatu yang haram dengan hartanya di dunia, lalu menjadikan dirinya binasa di akhirat. Baginda bersabda lagi: Tingkatan ahli syurga yang paling rendah dan bawah pula adalah: Seorang lelaki yang tidak masuk syurga selepasnya sesiapapun, dibukakan pemandangan baginya sejauh 100 tahun, berada di dalam istana emas dan juga khemah daripada mutiara, tidak ada sejengkal tempat pun kecuali akan digunakannya. Di datangkan dengan 70,000 pinggan emas pada pagi dan petang. Tidak ada padanya pinggan kecuali ia mempunyai warna yang tidak ada pada pinggan yang lain. Syahwatnya pada akhirnya adalah sama seperti mula-mula. Jika diturunkan kepada kesemua penduduk dunia, nescaya setiap orang yang akan mendapat bahagian dan tidak berkurang sedikit pun bahagian yang telah diberikan.
[Riwayat Abd al-Razzaq dalam al-Jami’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6631]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs